Friday, November 25, 2011

Yeayhh..(masih berperang)

yeayh..lgi skit lagi nak habis SPM..skit jew lagi, lebih kurang 1 minggu lagi(tinggal 1 hari jew lagi..hehe.. ). Last kertas akaun,(=,=)..ssh derr.. ble la nak habis terus SPM ni..
habis SPM ni,merdekalah aq..huhu :)
yela..(makan-tido kat umah jgak lps SPM ni)


26/11/2011 <------ ni tarikh hari ni..
05/12/2011 <------ Skit jew lagi niiyyy..cepatlahh..

Sunday, August 28, 2011

Raye + Trial = teranayeee

peh..rasa x sabar plak nak raya..tpi tahun ni X best ar..sbab naik cuti raya jew dah trial SPM..Pastu menjelang dgn pra SPM..byk tol ujian..Waa x kire jgk..pape pon wa nak raye jugak..isshh..

GILER ARR..waa dah sediakan mercun byk2 kasik meriahkan ini arye..HAHA(ketawe kuat..)..waa nak letupkan telinga Cik Lan pailang tu..haha,byk sangat ngomelnye..

RAYA TETAP RAYA..TRIAL LAIN CITE..!!HAHA..

OK, Selamat Hari Raya..

Thursday, August 4, 2011

Ramadan Datang _Tompi

Ramadhan Al-Mubarak

Ramadhan Datang - Tompi

Ramadhan datang alam pun riang
menyambut bulan yang berkah
umat berdendang kumandang azan
pertanda hati yang senang
hoo...
hati yang gembira
hoo...
penuh suka cita

Sebulan kita kan berpuasa
melawan lapar dahaga
kalahkan nafsu rayuan syetan
menjadi insan yang taqwa
hoo...
hati yang gembira
hoo...
penuh suka cita

Tarawih dan tadarus
bersujud di tengah malam
berzikir dan berdoa
menyebut asmaMu ALLAH
dan tak lupa berzakat
sempurnakan kewajiban
mensucikan jiwa
sebagai insan yang fitri

Tarawih dan tadarus
bersujud di tengah malam
berzikir dan berdoa
menyebut asmaMu ALLAH
dan tak lupa berzakat
sempurnakan kewajiban
mensucikan jiwa
sebagai makhluk ALLAH

Friday, March 11, 2011

Hari Jadi Ibu


Hari jadi ibuku yang tersayang..

Ingatkah?
Sembilan bulan lebih kita berada di perutnya, menjadi parasit baginya, memberatkan langkah dan pikirnya, menjauhkan tidur lelapnya, menimbulkan rasa was-was dan khawatir tiap harinya.

Sadarkah?
Kematiannya sedekat urat leher dari kepalamu ketika dia melahirkanmu. Sungguhpun jika hanya ada pilihan kamu atau dia yang harus diselamatkan, dia mengorbankan dirinya demi kehidupanmu.

Saturday, February 26, 2011

BrEakDanCe..




Satu hari blajar menari..hanya dpt wat satu step dalam windmill jep..mmg memenatkan,tpi best..layan jew..,diowng sume blagak dapat wat step laen..x pew,mule2 mmg la x jdi,,nnt lame2 jadilah..---> LOVE BBOY..

Friday, February 25, 2011

Hantu Bukit Putus Negeri Sembilan


Kisah gempar dan menyeramkan ini terjadi kepada seorang lelaki yang bekerja di Seremban. Pada hari tersebut (hari khamis petang jumaat) beliau terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana keluarganya mengadakan kenduri arwah. Selesai kenduri lebih kurang pukul 11.00 malam, dia pun terpaksa berangkat balik ke Seremban sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya dia bekerja.

Sampai di Bukit Putus, jalan yang bengkang-bengkok tu, dia pun ternampak seorang perempuan berbaju putih sedang menahan keretanya. Hatinya tergerak pula ingin menolong. Lantas dia pun berhentikan keretanya dan bertanya “Apa halnya cik adik malam-malam buta kat sini?”,”Abang.. tolong lah saya. Kereta saya rosak ni… Puas dah saya tahan kereta lain. Tapi semuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan saya sampai ke Seremban aje. Saya boleh bayar berapa abang nak??”. Entah macam mana dia pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju putih yang cantik tu…

” Oklah. Saya pun nak ke seremban jugak”, terkeluar dari mulutnya… Tapi hatinya masih lagi was-was… Diapun membuka pintu dan mempelawa perempuan itu masuk. Perempuan tu bukannya nak duduk kat belakang, terus aje duduk di depan sebelahnya. Nak juga ditegur tapi terlalu pantas perempuan tu tutup pintu dan terus lock pintu. Berdegup juga hati lelaki tu. Dia cuba tenangkan dirinya… seolah-olah takde apa yang berlaku. Dia masih lagi membisu kerana menyesal kenapalah dia dengan mudah aje membenarkan seorang perempuan menumpang keretanya di tengah malam buta ni… seorang diri pulak tu…

Tapi yang peliknya, hatinya macam ditarik-tarik supaya menolong perempuan tu… Padahal, dia tu memanglah penakut dengan perempuan! Masing-masing hanya diam membisu beberapa ketika… Tiba-tiba… dia mula merasa seram & meremang bulu roma bila perempuan tu berbau wangi. Dia pun mulalah membaca ayat-ayat suci yang terlintas di kepalanya. Peluh mula membasahi dahinya. Dia makin tak senang duduk .Perempuan tu kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang bertembung menyuluh kearah keretanya. Dia pun memberanikan diri dengan menjeling ke arah perempuan tu bila sampai ke selekoh yang tajam. Perempuan tu juga memandang kat dia sambil tersenyum. Menampakkan giginya yang putih… ditambah lagi dengan baju yang dipakainya…

Dia pun beranikan diri dan bertanya…

”kenapa cik adik ni pakai baju putih malam-malam ni??
”ni memang pakaian rasmi saya setiap malam jumaat… ”
” Saya ada kelas yasin… ” jawab perempuan tu
”Tapi.. putihnya lain macam aje… tak pernah pulak saya tengoknya ”
tanya lelaki tu lagi.
”Apa yang lain nya… sama aje. Eh, betul ke tak pernah tengok??”
” Eyea… lain macam aje. seram pulak saya dibuatnya… ”
” Ehh takkan sampai seram… ”

“Pakai aje le Breeze colour baru!!!”

LicEncE..

Bila la nak dapat lesen motor ni..asyik terperap kat umah jew..nak gi mana2 pun kene nek bas..dah la mahal tambangnye..ADUH!!..x best ar x dew lesen..harap moto jew adew,tpi x ley bwk g jauh2..KEBORINGAN MELANDA DIRI..

Perjuangan Teman..

Jalan perjuangan yang kita akan selusuri itu banyak benar denai duri yang tajamnya tidak terkata, sakitnya menusuk jiwa, air mata akan selalu mengalir, peluh keringat dan pengorbanan akan sentiasa membaluti tubuh. Sebab itu sahabat, sudah aku nyatakan berkali-kali, hidup ini perlukan dorongan seorang teman, teman di jiwa adalah iman, teman sepanjang perjalanan adalah Tuhan, teman suka duka adalah kawan-kawan kita iaitu manusia yang faham apa erti kehidupan. Sahabat, perjuangan yang kau tempuhi sebentar lagi akan menyebabkan engkau rasa putus asa, kecewa, sebak dan sedih yang tidak terkata.
Maka kuatkanlah semangatmu, selalulah panjatkan doa kepadaNya, kita jadikan malam-malam sebagai taman munajat kepada Tuhan. Dia tidak akan melupakan kita, Dia akan selalu mendengar rintihan kita dikala manusia kelu untuk berkata-kata. Dari situ kita suburkan kasih sayang dan cinta kepada Tuhan.

Monday, February 14, 2011

Pejuangan Itu Pengorbanan

Sahabat, perjuangan dalam jalan dakwah menuntut pengorbanan jiwa yang bukan sedikit, ingatlah setiap antara kita sememangnya berkewajipan untuk meneruskan tugas warisan para anbiya’ ini. Kerana cahaya Islam semakin suram di mata hati umat Islam sendiri. Cuba engkau lihat ada negara Islam yang bersekongkol dengan negara kafir untuk menyerang negara Islam sendiri, atas nama tujuan ekonomi. Mereka tidak meletakkan agama sebagai keutamaan. Cuba engkau lihat di negara Afghanistan pula, angkatan tentera yang kononya Islam bertakbir Allahu Akbar apabila berjaya membunuh saudaranya sendiri , umat Islam juga tetapi mereka sendiri dibantu oleh orang kafir. Islam apa ini namanya?
Cuba pula engkau lihat kebejatan akhlak di negara kita sendiri, tidak mustahil jika suatu hari nanti yang engkau nampak adalah adik, abang dan keluargamu sendiri yang melakukannya. Itukah yang engkau mahu sahabat? Sedangkan kita telah dibekalkan dengan ilmu oleh para guru yang tidak kenal erti penat lelah untuk memastikan para pelajarnya keluar sebagai bukan sahaja orang yang berjaya bahkan juga sebagai da’ie di alam ini. Inginkah engkau lihat saudara-saudara kita terpekik, terlolong di dalam neraka ? sanggupkah engkau lihat ibu ayah kita menangis sepanjang masa di dalam kuburan melihat anak-anaknya tidak menjadi ‘manusia’ yang diinginkan oleh Allah ? dan kemudiannya mereka-mereka itulah akan menarikmu pula ke dalam neraka bersama sebab engkau tidak menjalankan tugasmu sebagai saudara seIslam untuk menegur dan menasihati mereka.
Sebab itu sahabat, sudah aku katakan tadi, cahaya Islam itu semakin suram, api pelitanya yang menerangi alam tidak seperti di zaman-zaman kebesarannya. Para ulama’ dibisukan dengan dunia oleh umara’. Mereka diselubungi oleh ketakutan sepanjang masa untuk menyuarakan yang hak. Agama telah diletakkan di bibir-bibir mereka sahaja.

Ikatan lama TERIKAT Kembali...

Hari ni jie jumpa kwn yg sudah lme ditinggalkan..bahagia sungguh,,
Ingatkan xkan bertemu kembali,,
akhirnya laman sembang Facebook tlah menemukan kembali rindu yg terpisah
Pentingnya seorang sahabat kerana dpt mengembirakan hati yg tlah lme kesunyian..
sudah lame ku teringin melihat wajahnya..
akhirnya terbalas juga rindu ini,,
teringin tok bermain mercun bersama mreka ngan main pecah periuk..haha,,BEST!!
mungkin diowg sudah lupa akn aq,,xpewla,,janji dpt tgok muka diowg pown jd la..Awi,Aslam,Syafiq,Asyrap,Ramizah,Ina..hmm,,yg len blom kutemui lg..