Tuesday, September 29, 2015

Gambar Terakhir Bersama Nenek

Saya nak beritahu bahawa saya telah kehilangan nenek tersayang baru-baru ini iaitu, Isnin 21/9/2015. Pemergian yang tiba-tiba dan mengejutkan saya. Saya tidak sempat berjumpa dengan nenek saya sewaktu dia nak pergi meninggalkan segala-galanya, dan sewaktu itu saya berada di Kuala Lumpur. Memang hajat untuk balikpun malam itu, tetapi takdir dah menentukan, nenek pergi pada petang itu dahulu sebelum saya sempat menjumpainya. Sabar dan tabah, semoga nenek tenang disana dan digolongkan dikalangan orang-orang yang beriman. Aaminn..